Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
i. Undang-Undang Asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton
boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat
umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton
juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara
pertandingan.
Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas /
Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.
ii. Memulakan Permainan
a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu
tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.
b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau
memilih petak gelanggang.
c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.
iii. Sistem Pengiraan Mata
a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of
three games’).
b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan
diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang.
d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis
dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat
servis dan sebaliknya.
iv. Masa Rehat
a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama
60 saat akan diberikan.
b. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game
tamat.
v. Servis
a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan
memijak garisan gelanggang.
c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam
keadaan tetap.
d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat
servis.
e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.
vi. Servis Batal
a. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya
menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut
e. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat
servis.
vii. Servis Semula ( Let )
Diberikan sekiranya:-
a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak
c. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut
e. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan
f. Pengadil tidak dapat membuat keputusan.
viii. Larangan Untuk Pemain
a. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan
b. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar
kelajuan.
c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau
pemain menyentuh papan iklan.
d. Tidak berkelakuan kasar.
e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
ix. Berlaku Batal Sekiranya
a. Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian
b. Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan
c. Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat
tangan.
x. Perlawanan Perseorangan
a. Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata
genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
b. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak
lawan.
c. Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam
game berikutnya.
xi. Perlawanan Beregu
a. Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat
servis dari gelanggang servis kanan.
b. Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis
dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
c. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak
lawan.
d. Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis
boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang
pandangan pembuat servis dan penerima servis.
e. Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.

Cara Kiraan Permainan Ping Pong

Permainan ping pong dalam 1 set tamat dalam kiraan 11 untuk permainan single dan double. Bagi pemain single pemain yang serve bola perlu memasti bola melantun dimeja pemain serve dan meja pemain lawan.

Bagi pemain double pemain perlu memasti bola dari peta kanan masuk ke peta kanan lawan. Sekiranya pemain lawan memukul bola keluar maka pemain serve mendapat 1 point. 1-0. Seterusnya pemain serve dapat serve kali kedua. Point akan diberi kepada pemain yang tidak mematikan bola. Bila score 2-0 atau 1-1 maka serve akan bertukar tangan.

Seterusnya permainan tamat bila pemain mendapat 11 mata. Sekiranya pemain tie 10-10 maka permainan akan berakhir bila ada pemain mendapat 2-0 tambahan. Servis bertukar setiap mata.

Boleh juga permainan ping pong kiraannya tamat pada 21. Tapi pertukaran serve berlaku setelah 5 kali serve. Ini adalah kiraan cara lama.

Keputusan PMR 2013


Tahniah kepada pelajar lepasan PMR 2013 yang telah berjaya dengan CEMERLANG. Juga tahniah buat guru-guru dan ibubapa yang membantu meningkatkan keputusan yang cemerlang. Keseluruhan peratus matapelajaran meningkat.

Peratus Mata Pelajaran

Bahasa Melayu                93.9%
Bahasa Inggeris               64.6%
Sejarah                           93.9%
Geografi                          87.5%
Bahasa Tamil                   60.0%
Pendidikan Islam             95.3%
Matematik                       89.8%
Sains                               95.9%
Kemahiran Hidup - KT    93.8%
Kemahiran Hidup - ERT  93.5%

Peratus Lulus              : 55.1%
Gred Purata Sekolah  : 3.21
Bilangan Semua A      : 2(4.08%)

Pelajar Cemerlang PMR 2013

1. HAMISATUN ADILAH BT MOHAMED ABD AZIZ       8A
2. NASRAH BT SAHIMI                                              8A
3. NURIN NASUHA BT ABDUL MALEK                        7A  1B
4. SALSABILA BT AHMAD ZAHURI                             6A 2B


http://lp.moe.gov.my/semakan/

Semakan Keputusan PMR 2013 secara online.

Aktifkan Akaun FrogVLE

Mohon Staf berkenaan untuk aktifkan FrogVLE pada kadar segera. Untuk makluman lanjut sila hubungi Penyelaras Bestari.

Majlis Mohon Restu Calon SPM 2013

Tarikh : 1 November 2013
Masa : 10:30 agi
Tempat : Dewan Peperiksaan
Sasaran : Semua Calon SPM 2013 dan Guru-Guru

Aktiviti :
Taklimat SPM
Bacaan Yasin
Motivasi Oleh Kaunselor
Majlis Mohon Restu dan bersalaman dengan guru-guru.





Persediaan Persekolahan 2014


Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum 1/2014
Tarikh :  23 Disember 2013
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Mesyuarat HEM dan Kokurikulum 1/2014
Tarikh : 24 Disember 2013
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Mesyuarat Panitia Mata pelajaran 1/2014
Tarikh : 26 Disember 2013
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Ditetapkan oleh Guru Kanan/ Ketua Panitia


Laporan Bergambar Hari Anugerah Kokurikulum 2013

Tarikh : 25 Oktober 2013
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan Peperiksaan
Perasmi : Pegawai Bomba dan Penyelemat Selama, Perak

Majlis berjalan lancar secara dalaman sekolah sahaja. JK kerja dapat menjalankan tugas mengikut pembahagian tugas masing-masing.

Laporan bergambar sila klik pautan DI SINI.

Aktiviti Bacaan Senyap


Hari : Setiap Jumaat
Waktu : 7:15 - 7:50 pagi
Sasaran : Semua Warga SEKUGA

Dapatkan lebih gambar foto di Facebook SEKUGA

Bacaan Senyap

Bacaan senyap akan dijalankan pada setiap hari JUMAAT, 7.30 hingga 8.05 pagi di DATARAN WAJA. Semua pelajar dan guru perlu membawa bahan bacaan masing-masing.

SELAMAT MENEMPUH ALAM PERGURUAN

Warga SEKUGA mengucapkan Selamat Menempuh Alam Perguruan dan selamat maju jaya kepada En Shafiq Bin Abdul Aziz  dari Universiti Perguruan Sultan Idris yang telah menamatkan sesi praktikumnya di sini pada  27 Julai yang lalu.  Semoga memperoleh pengalaman berguna sepanjang  sesi praktikum yang telah ditempuhi .

Hari Bertemu Waris


Tarikh : 17 Julai 2013 Hari : Rabu Masa : 12.45 - 1.45 petang Tempat : Bilik Pengawas SMK Kubu Gajah Sasaran : Waris pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Kerjasama ibu-bapa / waris amat dialu-alukan bagi meningkatkan prestasi akademik PMR dan SPM 2013. Unit Kurikulum. Setiausaha Kurikulum Pn. Maznah Kurikulum

Jasa mu dikenang dan Selamat Datang

Kelab Guru dan Staf 2013 ingin mengucapkan TERIMA KASIH, JASA MU DIKENANG kepada bekas guru SEKUGA, Pn. Khatijah Binti Abd Samad yang telah berpindah ke Lenggong Daerah Hulu Perak kerana mengikut suami. Semoga beliau gembira dengan suasana baru di sana.

SELAMAT DATANG juga kepada dua orang Guru Pelatih dari UPSI iaitu Cik Nazirah Binti Harun dan Nor Asyitah Binti Mohamad Nasrol. Mereka merupakan Opsyen Major Pendidikan Moral dan Minor Pendidikan Sivik. Adalah diharapkan keduanya dapat menimba pengalaman sepanjang berada di SEKUGA yang telah bermula pada 15 Julai 2013 hingga 8 November 2013.

Jadual SPM 2013

Klik di SINI untuk jadual penuh SPM 2013.

LAWATAN KE MELAKA

Pada 15 & 16 Jun 2013, seramai 40 warga SEKUGA telah melawat MELAKA. Lawatan ini bertujuan untuk merehatkan minda melihat tempat orang serta melihat tempat tempat peninggalan sejarah dan budaya budaya baru seperti BUDAYA BABA NYONYA, CHETI MELAKA DAN PORTUGIS.




untuk gambar gambar LAWATAN KE MELAKA, boleh dilayari di pautan berikut;

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013

TARIKH : 27.6.2013
HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 - 5.00 PETANG

Kejohanan berlangsung dengan jayanya .
Terima kasih kepada semua guru dan juga murid yang menyertai acara pertandingan  dan  menjadi penyokong rumah  sukan masing .

Terima kasih juga  kepada Bekas Murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan tarik tali .

Keputusan penuh :

JUARA            : RUMAH JENTAYU
NAIB JUARA : RUMAH GARUDA
KETIGA          : RUMAH RAJAWALI
KEEMPAT       : RUMAH MAHAWANGSA

Tahniah kepada semua pemenang .

Laporan Bergambar Merentas Desa 2013

Tarikh : 26 Jun 2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat Bermula : SMK Kubu Gajah









Keputusan :
P15
Johan    : Linda Maisarah Azmi (2A1) Jentayu
Kedua  : Nuraian Bt. Jefri (2A2) Garuda
Ketiga  : Norazimah Bt. Mohd Rizal (2A1) Jentayu

P18
Johan    : Nurul Shahira Bt. Samsul (5MP) Rajawali
Kedua  : Nur Ilyani Bt. Zakaria (5MP) Garuda
Ketiga  : Hafiza Bt. Hisyam (5MP) Mahawangsa

L15
Johan   : Divasilan A/L Selathurai (3A2) Garuda
Kedua : Hafiz Hafifi   (2A2) Garuda
Ketiga : Lethumanan A/L Murthi (3A2) Rajawali

L18
Johan  : Mohd Khairul Asuan Ahmad (5MP) Mahawangsa
Kedua : Mohd Zakey Mokhtar (5MP) Garuda
Ketiga : Vickneswaran A/L Palaivey (4MP) Garuda

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151456758851437.1073741837.209871066436&type=1

Bengkel LADAP Frog VLE kali kedua.



Tarikh : 18 Mei 2013
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SMK Kubu Gajah
Sasaran : Semua guru

P/S : Sila bawa bahan PdP berbentuk softcopy atau hardcopy.
Bahan juga boleh diambil dari laman web atau blog.

SELAMAT HARI GURU

Tema tahun 2013 : Guru Malaysia : 1 Aspirasi , 1 Agenda

Kepada semua guru, diucapkan SELAMAT HARI GURU.
Semoga kita akan semakin tabah, cekal, yakin dan masih ada semangat untuk meneruskan tugas dan
tujuan kita menjadi guru.

HIDUP SEKUGA...
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT)

Untuk Tingkatan 4 dan 5, PPT bermula pada 10/5/2013. Di harap semua pelajar menjawab sebaik mungkin.
Jangan tidur  semasa peperiksaan dijalankan.
SELAMAT MENJAWAB DENGAN CEMERLANG.
CERAMAH PENJAGAAN GIGI

Ceramah telah diberikan oleh pihak Klinik Gigi Selama
Ditujukan kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.
Ceramah diadakan dalam tempoh 45 minit sahaja.
Ceramah berkaitan dengan  latar belakang gigi dan penjagaannya.
PROGRAM URIN TEST

Program ini dibuat pada 2/5/2013 (Hari Khamis) oleh pihak AAdk Taiping dan PPD LMS
Pelajar yang terlibat cuma 47 orang sahaja. Keputusan sangat baik kerana tiada seorang pelajar
terlibat dalam penggunaan bahan-bahan terlarang.

SEKUGA BEBAS DARIPADA DADAH....
PEMERIKSAAN GIGI  PELAJAR

Program ini dijalankan bermula 23/4/2013 hingga 10/5/2013. Semua pelajar terlibat.
Mana-mana gigi pelajar yang rosak akan ditampal dengan kadar segera.
Diminta semua pelajar menyayangi gigi masing-masing sepanjang hayat.

Pengumuman Pertukaran Pengetua SMK Kubu Gajah

Adalah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Ahmad Husni (Pengetua Ke-4) SMK Kubu Gajah telah bertukar ke SMK Dato Hj, Hussein mulai 23 April 2013. Tempat beliau telah diganti oleh En. Mohd Noor Bin Che Ali, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tengku Menteri,  Changkat Jering Taiping Perak.

Sempena pertukaran pengetua ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj Ahmad Husni di atas jasa dan perubahan yang telah dilakukan di sekolah ini. Ucapan Selamat Datang juga ditujukan kepada En. Mohd Nor Che Ali, Pengetua baru SMK Kubu Gajah.

Semoga SMK Kubu Gajah terus cemerlang di bawah pentadbiran baru.

KEM KOKURIKULUM PANGKOR

Pada 12 hingga 14 April yang lalu, seramai 35 pelajar SEKUGA iaitu 6 lelaki dan 29 perempuan telah menyertai KEM PENDIDIKAN LUAR anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Perak. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pasir Bogak, Pulau Pangkor turut disertai 3 buah sekolah lain. Para peserta telah mengikuti aktiviti seperti memasang khemah, 'jungle trekking' , 'wall climbing', 'water confident' serta berkayak.


Pelajar SEKUGA telah diiring oleh 8 orang guru dan majlis perasmian KEM PENDIDIKAN LUAR siri ke-7 telah dilakukan oleh pengetua SEKUGA. Pengetua Sekuga turut menyertai beberapa aktiviti bersama pelajar sebelum malam penutup.


Untuk mendapatkan lebih banyak gambar KEM KOKURIKULUM PANGKOR, sila klik pautan di bawah;

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151350133181437.1073741827.209871066436&type=3

KARNIVAL JOM MASUK 'U' 2013

Karnival Jom Masuk 'U' 2013 telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 6 April 2013. Seramai 19 orang pelajar SEKUGA dan seorang guru pengiring telah menyertai karnival tersebut. Karnival tersebut mengumpulkan IPTA dan IPTS dari seluruh negara memberi maklumat mengenai kursus yang ditawarkan, peluang pekerjaan dan bantuan kewangan untuk pembiayaan pengajian pelajar.
Sebelum memasuki Dewan Jubli Perak






Pelajar SEKUGA mendengar penerangan yang diberi dengan khusyuk.

Berhenti di booth USM, Universiti APEX




Pelajar dengan bag kitar semula JOM MASUK 'U' sebelum berangkat pulang.

Untuk melihat lebih banyak gambar Karnival Jom Masuk 'U' 2013, sila ikuti link di bawah :

KESAN PENCEMARAN TERHADAP ALAM SEKITAR


 Perhatikan gambar - gambar di sebelah.

Renungkan-renungkanlah bersama. Alam sekitar adalah khazanah yang tidak ternilai.

Koleksi Bahan Bacaan


KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan olehpelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya adalah :

Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
Bahan Terbitan Berkala.
Bahan khusus.
BUKU FIKSYEN

Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikutbahasa, antaranya :

Buku Fiksyen Melayu
Buku Fiksyen Inggeris
Buku Fiksyen Cina
Buku Fiksyen Tamil
Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :

Cerita Sains
Cerita Nasihat
Cerita Dongeng
Cerita Khayalan
Cerita Binatang
Cerita Rakyat

BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman danbuku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakanbuku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukanfiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dantidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :

Karya am
Falsafah
Agama
Sains
Kemasyarakatan
Bahasa
Sains
Tulen
Teknologi
Kesenian
Kesusasteraan Sejarah & Geografi
BUKU RUJUKAN
Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untukmencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentangmakna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentangtempat, data dan sebagainya.

Buku rujukan terdiri daripada :
Buku Rujukan Umum
Buku Rujukan Am
Buku Rujukan Khusus
Bahan Khusus
BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhikeperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan denganmata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendakkurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semuaorang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Diantara buku rujukan am adalah : Almanak Atlas Direktori Ensiklopedia umum Gazetir Kamus umum

BUKU RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Iamengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah : Abstrak Bibliografi khas Biografi Individu Ensiklopedia Khusus Buku Glosari Buku Indeks Buku Istilah Kamus khusus
BAHAN KHUSUS
Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkaraatau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
Kertas Seminar
Pekeliling
Tesis
Maklumat perangkaan

KOLEKSI BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.

KOLEKSI BUKU NADIR
Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala ataubersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitanberkala adalah :

Buletin
Jurnal
Laporan Tahunan
Majalah
Risalah
Surat khabar
ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gayapenulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya. Membuat nota dan catatan yang berkesan tentang bahan semasa. Dalam penyampaian laporan. Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia jugamerupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan denganmaklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaranbulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumatperangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat danmendalam.Contoh almanak :

BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetakyang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalamsusunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitanbercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Bibliografi di bahagian akhiran buku.
Bibliografi jilid khas atau buku.
Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :
Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang telah dibaca.
Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayathidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :• Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebihmendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.Contoh biografi :

ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luastentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusunmengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa ataufakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar danilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Ensiklopedia umum – Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentangperkara atau bidang tertentu.
Ensiklopedia Khusus – Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :• Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topikdengan merujuk ensiklopedia umum.• Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atautopik dengan merujuk ensiklopedia khusus.

GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempatatau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripadamaklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut abjad.
Tujuan menggunakan gazetir:
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat.

GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataantertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat dua jenis glosari iaitu:
Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen.
Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu. Tujuan menggunakan glosari Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau istilah yang kurang jelas. Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat

INDEKS
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatumaklumat seperti perkataan atau topik. Tujuan Indeks Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca. Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks Indeks di bahagian akhir buku.
Indeks Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmupengetahuan.Tujuan menggunakan istilah : Untuk mendapatkan ejaan yang betul. Untuk membuat terjemahan. Untuk ketepatan penggunaan perkataan.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.•

Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidangtertentu.
KAMUS
Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataanseperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.
Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumatseperti :- Makna sesuatu perkataan- Cara menggunakan perkataan- Ejaan yang betul.
b.Kamus Terjemahan- Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalamsatu bahasa ke bahasa yang lain.
c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatuperkataan dalam sesuatu bidang tertentu.
Tujuan menggunakan kamus adalah : Untuk mencari makna atau definisi perkataan . Untuk mengetahui asal-usul perkataan. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut. Untuk mengetahui jenis perkataan. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan. Untuk mengetahui ejaan yang betul.
GO GREEN


Sama- samalah kita menjaga alam sekitar kita yang semakin TENAT.. Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan Bumi kita. Antaranya adalah kurangkan penggunaan beg plastik. Kajian mengatakan beg plastik ini tidak akan reput dan ada juga kajian mengatakan beg plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mereput. Bayangkan sampah-sarap yang 90% daripadanya terdiri daripada plastik memenuhi ruang di Bumi ini sehinggakan tiada tempat lagi untuk mewujudkan tapak pelupusan sampah.
Di manakah anak-anak kita akan tinggal memandangkan tanah telah dijadikan tapak pelupusan sampah?

Jadi, langkah pertama untuk menyelamatkan Bumi adalah;

1) kurangkan penggunaan beg plastik dengan : a) bawa beg kitar semula (tote bag) dan gunakannya
                                                                      b) guna semula beg plastik

Jumpa lagi dalam bahagian akan datang untuk menyelamatkan Bumi

Senarai murid yang telah aktif dan lulus menggunakan FrogVLE


1. Wahidah Bt. Mat Bakri 2A1
2. Nurul Amira Bt. Mat Aasan 2A1
3. Alya Bt. Mohd Zamin Nizam 2A1
4. Aishah Shakura Bt. Ahmad Taridi 1A2
5. Nazirul 2A1
6. Mukhridz 2A1
7. Qaiyim 2A1
8. Hidayat 2A1
9. Ezriq 2A1
10. Razman 2A1
11. Nurul Aishah 2A1
12. Izzah Fahmida 2A1
13. Hafiz Izzudin 2A1
14. Nazmi 2A1
15. Siti Nur Atiqah 2A1
16. Harofi 2A1
17. Mukhridz 2A1
18. Alif Noh 2A2
19.Danial Syazwan 2A2
20. Izwan 2A2
21. Muhammad Raffi 1A2
22. Ruwaidah Khairudin 1A1
23. Solehah Abdul Zaman 1A1
24. Izzatul Husna Abdul Ghaffar 1A1
25. Muhd Syakir Fitri 1A1
26. Norhafizah Mat Rosli 1A1
27. Nur Alia Nashwa Hamsi 1A1
28. Nur Afiqah Ilyana Nor Azli 1A1
29. Nurul Shamimi 1A1
30. Noor Mawarni Tamby Chik 1A1
31. Siti Noratikah Mohamad 1A1
32. Siti Noornazihah Ismail 1A1
33. Ruwaidah Khairudin 1A1

Widget asas : 
1. User info
2. Media (gambar sendiri)
3. Noted
4. File Drop


Kemaskini : 16 Mac 2013 1:30 petang

Panduan FrogVLE terbaru

Panduan lengkap menggunakan FrogVLE untuk program 1BestariNET 

Klik di SINI.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi guru ICT anda.

Promosi Frog VLE

Persekitaran pembelajaran maya secara keseluruhan dengan kemudahan simpanan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk dokumen, gambar, video, audio dan sebagainya. Kemudahan email, google drive dan kemudahan google yang lain secara percuma untuk semua guru dan murid g SMS percuma. 

Guru-guru  boleh menjadikan antara muka dashboard untuk tujuan pengajaran  dan semua bahan akan disimpan di cloud seperti menggunakan Ipad atau Iphone. Bahan boleh di akses secara pantas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Dapatkan ID Yes dan Password daripada guru ICT anda.