Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

Program Suntikan HPV

Suntikan akan dijalankan mengikut tentetif berikut:

Tarikh: 1 Mac 2013
Masa:9.00 Pagi
Tempat: Bilik Rawatan
Sasaran: Murid perempuan Tingkatan 1

Kehadiran murid adalah WAJIB untuk melancarkan program ini.

Panduan dan pekeliling pengurusan mesyuarat PKPA Bil 1 1991



Panduan pengurusan mesyuarat dan urusan jawatankuasa-jawatankuasa kerajaan PKPA Bil 1 Tahun 1991 boleh dirujuk di SINI.
Ketua Bidang, Ketua Panitia dan setiausaha berkenaan boleh mengikut panduan membuat minit mesyuarat dengan format dengan betul.

Pertandingan Catur Daerah LMS





Tahniah di atas kejayaan pelajar wakil sekolah SEKUGA yang  terplilih mewakili Daerah LMS dalam Kejohanan Catur MSSPK yang akan di adakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping pada 1, 2 dan 3 March 2013.

Latihan pusat akan diadakan pada 25 Feb 2013 di SMK Taman Tasik dan 26 dan 27 Feb 2013 di
Dewan Arif Budiman -PPD lama  jam 2 hingga 5 petang.



Mesyuarat Agung PIBG SMK Kubu Gajah 2013

Tarikh : 22 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Peperiksaan SMK Kubu Gajah


Semua Waris murid dan Guru SMK Kubu Gajah dijemput hadir.


Perasmian oleh : Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Omar
ADUN Kubu Gajah 


Pembekalan 1BestariNet

1BRIS bermaksud 1BestariNet Receiver IntegratedSystem. Struktur peralatan ini akan dipasang di lokasi sekolah terpilih sahaja.

4 Unit Zoom (3 On / 1 Spare)
Jarak Access 25meter
Password : ytlxxxxxxxx123
Kawasan Capaian : Pejabat / Makmal Komputer / Bilik Guru / Pusat Sumber / Makmal Sains / 
Bilik Guru Kanan / Kelas 5VT/1A1 / 1A2 
atau kawasan yang boleh dicapai oleh Zon Free Wifi   wGkanan / wpss / wpej


10 unit mengikut bilangan guru di SEKUGA
Kegunaan diluar kawasan Zoom. Contoh di bilik kelas yang berada di hujung bangunan. 
Kegunaan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan Kelas
Pengurusan Panitia 
Guru perlu berkongsi jika ingin menggunakannya.
Kegunaan di luar kawasan sekolah yang berdekatan sekolah lain.
Memerlukan software device yang boleh dimuat turun di SINI.
Memerlukan  id / password  Yes  

aeaxxxx.g.d@moe.yes.my
9Hxxxxmw

Semua guru, staf, pelajar dan waris dibekalkan dengan ID YesMail / Password 
Kemudahan Gmail
Kemudahan FrogVLE














Tutorial Frog VLE

Bengkel 1BestariNET SEKUGA

Tarikh : 23 Feb 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Sasaran : Semua Guru


Semua guru sila dapatkan ID/ Password 1Bestarinet daripada En. Amirul di kaunter pejabat.

Pautan FrogVLE :
https://aea6060.1bestarinet.net

Pengurusan Email :
http://www.google.com 


Peserta bengkel perlu membawa Notebook dan Extension Wayar untuk memudahkan perjalanan bengkel tersebut. Kerjasama anda amat dihargai.

Sambutan Pesta Ponggal SEKUGA 2013

Pada 9 Februari 2013, Pesta Ponggal Sekuga telah pun dijalankan buat julung kalinya di sekolah ini. Pesta Ponggal ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral Sekuga. Pesta ini telah disertai oleh semua pelajar India Sekuga. Puan Siti Rohana Kasiran, PK HEM Sekuga telah merasmikan majlis penutup Pesta Ponggal ini.



Galeri gambar aktiviti boleh dicapai di Facebook Sekuga.





Pesta Ponggal Masyarakat Hindu

Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan ‘pongal’ adalah bermaksud ‘masa menuai’ dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.
Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan ‘kolams’. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.
Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti ‘vadaas’ , ‘payasam’ dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari ‘Bhogi’ iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.
Hari kedua semasa Pongal ialah hari ‘Surya’. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari ‘Mattu’. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.
Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 H / 2013




Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)
ASAL-USUL SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.
Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.
Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.
Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.
Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.
Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.
Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.
Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.
Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.
Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. – Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Apakah Persekitaran Pembelajaran Maya (VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT) VLE ?




SMK Kubu Gajah sedang menuju ke arah Persekitaran Pembelajaran Maya atau juga dikenali Virtual Learning Enviroment  yang menggunakan platform Frog VLE di bawah projek 1Bestarinet. Frog VLE  adalah satu platform pembelajaran yang akan memberi manfaat kepada sekolah dengan cara yang luar biasaTetapi banyak persoalan yang timbul. Adakah platform pembelajaran ini relevan di sekolah-sekolah? Bagaimanakah perlaksanaannya? Sesuaikah dilaksanakan di sekolah?

Diharapkan video ini dapat memberi penjelasan yang mudah untuk menjawab semua soalan-soalan ini dan banyak lagi.Berkongsilah dengan rakan-rakan anda dan sesiapa sahaja yang tidak tahu tentang platform pembelajaran ini dan mereka yangmemerlukan penjelasan yang jelas mengenai bagaimana ia berfungsi!
Sila tonton video dibawah ini.


PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:



Selamat kembali dan selamat datang ke SEKUGA

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada murid Tingkatan 1 dan selamat kembali kepada murid Tingkatan 2,3,4 dan 5 bagi sesi 2013. Tidak lupa juga selamat bertugas kepada guru baru Pn. Najmiah Binti Md Nor Opsyen Pendidikan Islam. 

Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 2 Jan 2013 (Rabu)

Semoga tahun baru 2013 SEKUGA lebih cemerlang lagi.

Tindakan segera guru tingkatan.

Makluman kepada semua guru tingkatan, sila kemaskini maklumat ibu bapa dan pendapatan untuk semakan kelayakan penerima bantuan dan biasiswa. SMM dan APDM.
Pautan APDM di : http://www.sekolahmalaysia.com/index.php