Apakah Persekitaran Pembelajaran Maya (VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT) VLE ?




SMK Kubu Gajah sedang menuju ke arah Persekitaran Pembelajaran Maya atau juga dikenali Virtual Learning Enviroment  yang menggunakan platform Frog VLE di bawah projek 1Bestarinet. Frog VLE  adalah satu platform pembelajaran yang akan memberi manfaat kepada sekolah dengan cara yang luar biasaTetapi banyak persoalan yang timbul. Adakah platform pembelajaran ini relevan di sekolah-sekolah? Bagaimanakah perlaksanaannya? Sesuaikah dilaksanakan di sekolah?

Diharapkan video ini dapat memberi penjelasan yang mudah untuk menjawab semua soalan-soalan ini dan banyak lagi.Berkongsilah dengan rakan-rakan anda dan sesiapa sahaja yang tidak tahu tentang platform pembelajaran ini dan mereka yangmemerlukan penjelasan yang jelas mengenai bagaimana ia berfungsi!
Sila tonton video dibawah ini.


PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas: