Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

Koleksi Bahan Bacaan


KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan olehpelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya adalah :

Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
Bahan Terbitan Berkala.
Bahan khusus.
BUKU FIKSYEN

Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikutbahasa, antaranya :

Buku Fiksyen Melayu
Buku Fiksyen Inggeris
Buku Fiksyen Cina
Buku Fiksyen Tamil
Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :

Cerita Sains
Cerita Nasihat
Cerita Dongeng
Cerita Khayalan
Cerita Binatang
Cerita Rakyat

BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman danbuku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakanbuku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukanfiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dantidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :

Karya am
Falsafah
Agama
Sains
Kemasyarakatan
Bahasa
Sains
Tulen
Teknologi
Kesenian
Kesusasteraan Sejarah & Geografi
BUKU RUJUKAN
Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untukmencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentangmakna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentangtempat, data dan sebagainya.

Buku rujukan terdiri daripada :
Buku Rujukan Umum
Buku Rujukan Am
Buku Rujukan Khusus
Bahan Khusus
BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhikeperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan denganmata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendakkurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semuaorang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Diantara buku rujukan am adalah : Almanak Atlas Direktori Ensiklopedia umum Gazetir Kamus umum

BUKU RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Iamengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah : Abstrak Bibliografi khas Biografi Individu Ensiklopedia Khusus Buku Glosari Buku Indeks Buku Istilah Kamus khusus
BAHAN KHUSUS
Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkaraatau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
Kertas Seminar
Pekeliling
Tesis
Maklumat perangkaan

KOLEKSI BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.

KOLEKSI BUKU NADIR
Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala ataubersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitanberkala adalah :

Buletin
Jurnal
Laporan Tahunan
Majalah
Risalah
Surat khabar
ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gayapenulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya. Membuat nota dan catatan yang berkesan tentang bahan semasa. Dalam penyampaian laporan. Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia jugamerupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan denganmaklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaranbulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumatperangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat danmendalam.Contoh almanak :

BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetakyang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalamsusunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitanbercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Bibliografi di bahagian akhiran buku.
Bibliografi jilid khas atau buku.
Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :
Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang telah dibaca.
Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayathidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :• Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebihmendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.Contoh biografi :

ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luastentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusunmengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa ataufakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar danilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Ensiklopedia umum – Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentangperkara atau bidang tertentu.
Ensiklopedia Khusus – Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :• Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topikdengan merujuk ensiklopedia umum.• Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atautopik dengan merujuk ensiklopedia khusus.

GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempatatau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripadamaklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut abjad.
Tujuan menggunakan gazetir:
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat.

GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataantertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat dua jenis glosari iaitu:
Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen.
Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu. Tujuan menggunakan glosari Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau istilah yang kurang jelas. Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat

INDEKS
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatumaklumat seperti perkataan atau topik. Tujuan Indeks Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca. Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks Indeks di bahagian akhir buku.
Indeks Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmupengetahuan.Tujuan menggunakan istilah : Untuk mendapatkan ejaan yang betul. Untuk membuat terjemahan. Untuk ketepatan penggunaan perkataan.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.•

Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidangtertentu.
KAMUS
Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataanseperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.
Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumatseperti :- Makna sesuatu perkataan- Cara menggunakan perkataan- Ejaan yang betul.
b.Kamus Terjemahan- Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalamsatu bahasa ke bahasa yang lain.
c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatuperkataan dalam sesuatu bidang tertentu.
Tujuan menggunakan kamus adalah : Untuk mencari makna atau definisi perkataan . Untuk mengetahui asal-usul perkataan. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut. Untuk mengetahui jenis perkataan. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan. Untuk mengetahui ejaan yang betul.
GO GREEN


Sama- samalah kita menjaga alam sekitar kita yang semakin TENAT.. Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan Bumi kita. Antaranya adalah kurangkan penggunaan beg plastik. Kajian mengatakan beg plastik ini tidak akan reput dan ada juga kajian mengatakan beg plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mereput. Bayangkan sampah-sarap yang 90% daripadanya terdiri daripada plastik memenuhi ruang di Bumi ini sehinggakan tiada tempat lagi untuk mewujudkan tapak pelupusan sampah.
Di manakah anak-anak kita akan tinggal memandangkan tanah telah dijadikan tapak pelupusan sampah?

Jadi, langkah pertama untuk menyelamatkan Bumi adalah;

1) kurangkan penggunaan beg plastik dengan : a) bawa beg kitar semula (tote bag) dan gunakannya
                                                                      b) guna semula beg plastik

Jumpa lagi dalam bahagian akan datang untuk menyelamatkan Bumi

Senarai murid yang telah aktif dan lulus menggunakan FrogVLE


1. Wahidah Bt. Mat Bakri 2A1
2. Nurul Amira Bt. Mat Aasan 2A1
3. Alya Bt. Mohd Zamin Nizam 2A1
4. Aishah Shakura Bt. Ahmad Taridi 1A2
5. Nazirul 2A1
6. Mukhridz 2A1
7. Qaiyim 2A1
8. Hidayat 2A1
9. Ezriq 2A1
10. Razman 2A1
11. Nurul Aishah 2A1
12. Izzah Fahmida 2A1
13. Hafiz Izzudin 2A1
14. Nazmi 2A1
15. Siti Nur Atiqah 2A1
16. Harofi 2A1
17. Mukhridz 2A1
18. Alif Noh 2A2
19.Danial Syazwan 2A2
20. Izwan 2A2
21. Muhammad Raffi 1A2
22. Ruwaidah Khairudin 1A1
23. Solehah Abdul Zaman 1A1
24. Izzatul Husna Abdul Ghaffar 1A1
25. Muhd Syakir Fitri 1A1
26. Norhafizah Mat Rosli 1A1
27. Nur Alia Nashwa Hamsi 1A1
28. Nur Afiqah Ilyana Nor Azli 1A1
29. Nurul Shamimi 1A1
30. Noor Mawarni Tamby Chik 1A1
31. Siti Noratikah Mohamad 1A1
32. Siti Noornazihah Ismail 1A1
33. Ruwaidah Khairudin 1A1

Widget asas : 
1. User info
2. Media (gambar sendiri)
3. Noted
4. File Drop


Kemaskini : 16 Mac 2013 1:30 petang

Panduan FrogVLE terbaru

Panduan lengkap menggunakan FrogVLE untuk program 1BestariNET 

Klik di SINI.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi guru ICT anda.

Promosi Frog VLE

Persekitaran pembelajaran maya secara keseluruhan dengan kemudahan simpanan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk dokumen, gambar, video, audio dan sebagainya. Kemudahan email, google drive dan kemudahan google yang lain secara percuma untuk semua guru dan murid g SMS percuma. 

Guru-guru  boleh menjadikan antara muka dashboard untuk tujuan pengajaran  dan semua bahan akan disimpan di cloud seperti menggunakan Ipad atau Iphone. Bahan boleh di akses secara pantas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Dapatkan ID Yes dan Password daripada guru ICT anda.

Promosi EzLearn2U

Capaian percuma dengan kredit RM500 untuk semua guru dan murid bagi tujuan pembelajaran kendiri di atas talian.  Guru-guru juga boleh menggunakan bahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 
Portal pembelajaran ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Perak.

Analisa Aplikasi FROG VLE SMK Kubu Gajah

Berikut merupakan statistik aplikasi FROG VLE untuk murid dan guru SMK Kubu Gajah berakhir 16 Mac 2013  1:15 petang.




SPOTCHECK ROKOK

Pemeriksaan tergempar dilakukan pada hari ini, (8/3/2013), jam 7.30 pagi oleh pengawas-pengawas
sekolah. Sasaran adalah semua pelajar. Tujuannya untuk mensifarkan bilangan perokok tegar di kawasan
sekolah.  Terima kasih kepada semua pengawas dan guru - guru disiplin dan pengawas yang terlibat.

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2013

Latihan kebakaran  juga dikenali dengan nama pengongsian bangunan.  Di SEKUGA, program ini
diadakan pada 6.Mac.2013, jam 9.30 pagi dengan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat
Selama.. Pihak Bomba memaklumkan latihan kebakaran  mencapai matlamat yang ditetapkan.
Namun, ada kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa depan seperti:

a. Perlu berlari-lari anak ke padang
b. Tutup kipas dan pintu kelas masing-masing

Latihan kebakaran perlu dibuat 2 kali setahun.  Latihan memadamkan kebakaran kecil juga
diadakan.  Beberapa orang pelajar dan guru diberi peluang oleh pihak Bomba menggunakan
alat pemadam api untuk memadamkan api.
ahmadhusni@sekuga.edu.my

SURAT AMARAN

Kepada semua guru kelas:

Sila pantau  masalah ponteng sekolah dalam kelas masing-masing.
Beri surat amaran untuk  pengetahuan ibu bapa pelajar

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2013

Majlis  watikah pelantikan pengawas diadakan pada :

Tarikh         : 4 Mac 2013
Masa          : 7.30 pagi
Tempat       : Dewan Perhimpunan

Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Husni Bin Tusin. Seramai 31 orang pengawas telah
menerima surat pelantikan.  Dengan bantuan pengawas selaku mata-mata gelap sekolah, masalah
disiplin dapat dikurangkan.. Tahniah atas sumbangan semua pengawas selama ini.
Gambar penuh sila klik di SINI.

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2013

Minggu Suaikenal pelajar Tingkatan 1 diadakan pada:

Tarikh  : 2-4 Januari 2013
Masa   : 7.30 - 2.30 petang
Tempat : Bilik Peperiksaan

Seramai 66 orang pelajar Tingkatan Satu terlibat. Program ini dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah.

TAKLIMAT PENGAWAS KALI PERTAMA 2013

Taklimat diadakan pada :

 Tarikh          : 7 Januari 2013
 Masa           : 1.45 petang
 Tempat        : Bilik Pengawas
 Sasaran       : Semua Pengawas Sekolah

Taklimat ini dihadiri oleh 4 orang guru dan 32 orang pengawas.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RM 100

Majlis ini diadakan pada :

Tarikh             : 17 Januari 2013
Masa              : 3.00 petang
Tempat           : Dewan Peperiksaan

Aturcara majlis :

i. Ucapan Pengerusi
ii. Ucapan Pengetua
iii. Ucapan Tetamu Khas (YBM Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin)
iv. Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan
iv. Penyerahan Bantuan Mengikut Kelas

Semua ibu bapa hadir dalam majlis ini.

GOTONG ROYONG 1 MALAYSIA

Program ini adalah aktiviti kerjasama dengan Pejabat Daerah Selama

Tentatif program :

 Tarikh      : 3 Februari 2013
 Masa       : 7.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat     : Taman Tasik Selama ( Dewan Majlis )

Seramai 16 orang pelajar SEKUGA telah menjadi sukarelawan dalam program ini. Mereka bertugas menanam bunga raya dan bunga alma di lorong pejalan kaki.

TAKLIMAT SMM DAN APDM

Taklimat pengurusan SMM dan APDM diadakan  pada :

 Tarikh         : 15 Januari 2013
 Masa          : 2.30 petang
 Tempat       : Bilik Gerakan
 Sasaran       : Semua guru kelas
Penceramah  : En. Mohd Azlan Bin Johan

Dengan adanya taklimat ini, diminta semua guru kelas mengemaskini data SMM dan APDM.
SMM dan APDM penting untuk permohonan biasiswa , SAPS dan sebagainya.

MESYUARAT JAWATANKUASA KWAPM 2013

Jawatankuasa pemilihan KWAPM untuk semua pelajar Tingkatan 1 diadakan pada :

Tarikh      : 21 Januari 2013
Masa       : 11.00 pagi
Tempat    : Bilik Gerakan

Majlis ini dipengerusikan oleh Pengetua, Hj. Ahmad Husni Bin Tusin.
Semua ketua kampung yang terlibat dan Pengerusi PIBG hadir.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

Pertandingan ini diadakan bermula awal bulan Februari 2013. Penilaian dibuat dalam pelbagai aspek seperti kebersihan, dan keceriaan papan kenyataan.  Kelas yang menang akan mendapat hadiah berupa Sijil dan Piala pusingan pada hari perhimpunan rasmi (Isnin)... Pada hari Bacaan Yassin (Hari Isnin),  penyampaian hadiah tidak dijalankan.  Kelas yang banyak dapat Sijil Kebersihan dan Keceriaan akan dapat hadiah semasa Hari Anugerah Peringkat Sekolah

KURSUS TUNAS PEMIMPIN

Kursus ini diadakan mengikut tentatif berikut:

Tarikh     : 9 Februari 2013
Masa      : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat   : Bilik Peperiksaan
Sasaran  : Semua Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Setiausaha

Di akhir kursus, semua peserta dapat maklumat tentang peranan masing-masing.