Koleksi Bahan Bacaan


KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan olehpelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya adalah :

Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
Bahan Terbitan Berkala.
Bahan khusus.
BUKU FIKSYEN

Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikutbahasa, antaranya :

Buku Fiksyen Melayu
Buku Fiksyen Inggeris
Buku Fiksyen Cina
Buku Fiksyen Tamil
Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :

Cerita Sains
Cerita Nasihat
Cerita Dongeng
Cerita Khayalan
Cerita Binatang
Cerita Rakyat

BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman danbuku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakanbuku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukanfiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dantidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :

Karya am
Falsafah
Agama
Sains
Kemasyarakatan
Bahasa
Sains
Tulen
Teknologi
Kesenian
Kesusasteraan Sejarah & Geografi
BUKU RUJUKAN
Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untukmencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentangmakna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentangtempat, data dan sebagainya.

Buku rujukan terdiri daripada :
Buku Rujukan Umum
Buku Rujukan Am
Buku Rujukan Khusus
Bahan Khusus
BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhikeperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan denganmata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendakkurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semuaorang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Diantara buku rujukan am adalah : Almanak Atlas Direktori Ensiklopedia umum Gazetir Kamus umum

BUKU RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Iamengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah : Abstrak Bibliografi khas Biografi Individu Ensiklopedia Khusus Buku Glosari Buku Indeks Buku Istilah Kamus khusus
BAHAN KHUSUS
Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkaraatau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
Kertas Seminar
Pekeliling
Tesis
Maklumat perangkaan

KOLEKSI BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.

KOLEKSI BUKU NADIR
Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala ataubersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitanberkala adalah :

Buletin
Jurnal
Laporan Tahunan
Majalah
Risalah
Surat khabar
ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gayapenulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya. Membuat nota dan catatan yang berkesan tentang bahan semasa. Dalam penyampaian laporan. Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia jugamerupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan denganmaklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaranbulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumatperangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat danmendalam.Contoh almanak :

BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetakyang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalamsusunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitanbercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Bibliografi di bahagian akhiran buku.
Bibliografi jilid khas atau buku.
Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :
Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang telah dibaca.
Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayathidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :• Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebihmendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.Contoh biografi :

ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luastentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusunmengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa ataufakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar danilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Ensiklopedia umum – Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentangperkara atau bidang tertentu.
Ensiklopedia Khusus – Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :• Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topikdengan merujuk ensiklopedia umum.• Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atautopik dengan merujuk ensiklopedia khusus.

GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempatatau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripadamaklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut abjad.
Tujuan menggunakan gazetir:
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat.

GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataantertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat dua jenis glosari iaitu:
Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen.
Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu. Tujuan menggunakan glosari Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau istilah yang kurang jelas. Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat

INDEKS
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatumaklumat seperti perkataan atau topik. Tujuan Indeks Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca. Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks Indeks di bahagian akhir buku.
Indeks Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmupengetahuan.Tujuan menggunakan istilah : Untuk mendapatkan ejaan yang betul. Untuk membuat terjemahan. Untuk ketepatan penggunaan perkataan.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.•

Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidangtertentu.
KAMUS
Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataanseperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.
Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumatseperti :- Makna sesuatu perkataan- Cara menggunakan perkataan- Ejaan yang betul.
b.Kamus Terjemahan- Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalamsatu bahasa ke bahasa yang lain.
c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatuperkataan dalam sesuatu bidang tertentu.
Tujuan menggunakan kamus adalah : Untuk mencari makna atau definisi perkataan . Untuk mengetahui asal-usul perkataan. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut. Untuk mengetahui jenis perkataan. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan. Untuk mengetahui ejaan yang betul.