GO GREEN


Sama- samalah kita menjaga alam sekitar kita yang semakin TENAT.. Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan Bumi kita. Antaranya adalah kurangkan penggunaan beg plastik. Kajian mengatakan beg plastik ini tidak akan reput dan ada juga kajian mengatakan beg plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mereput. Bayangkan sampah-sarap yang 90% daripadanya terdiri daripada plastik memenuhi ruang di Bumi ini sehinggakan tiada tempat lagi untuk mewujudkan tapak pelupusan sampah.
Di manakah anak-anak kita akan tinggal memandangkan tanah telah dijadikan tapak pelupusan sampah?

Jadi, langkah pertama untuk menyelamatkan Bumi adalah;

1) kurangkan penggunaan beg plastik dengan : a) bawa beg kitar semula (tote bag) dan gunakannya
                                                                      b) guna semula beg plastik

Jumpa lagi dalam bahagian akan datang untuk menyelamatkan Bumi