Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

Pengumuman Pertukaran Pengetua SMK Kubu Gajah

Adalah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Ahmad Husni (Pengetua Ke-4) SMK Kubu Gajah telah bertukar ke SMK Dato Hj, Hussein mulai 23 April 2013. Tempat beliau telah diganti oleh En. Mohd Noor Bin Che Ali, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tengku Menteri,  Changkat Jering Taiping Perak.

Sempena pertukaran pengetua ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj Ahmad Husni di atas jasa dan perubahan yang telah dilakukan di sekolah ini. Ucapan Selamat Datang juga ditujukan kepada En. Mohd Nor Che Ali, Pengetua baru SMK Kubu Gajah.

Semoga SMK Kubu Gajah terus cemerlang di bawah pentadbiran baru.

KEM KOKURIKULUM PANGKOR

Pada 12 hingga 14 April yang lalu, seramai 35 pelajar SEKUGA iaitu 6 lelaki dan 29 perempuan telah menyertai KEM PENDIDIKAN LUAR anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Perak. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pasir Bogak, Pulau Pangkor turut disertai 3 buah sekolah lain. Para peserta telah mengikuti aktiviti seperti memasang khemah, 'jungle trekking' , 'wall climbing', 'water confident' serta berkayak.


Pelajar SEKUGA telah diiring oleh 8 orang guru dan majlis perasmian KEM PENDIDIKAN LUAR siri ke-7 telah dilakukan oleh pengetua SEKUGA. Pengetua Sekuga turut menyertai beberapa aktiviti bersama pelajar sebelum malam penutup.


Untuk mendapatkan lebih banyak gambar KEM KOKURIKULUM PANGKOR, sila klik pautan di bawah;

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151350133181437.1073741827.209871066436&type=3

KARNIVAL JOM MASUK 'U' 2013

Karnival Jom Masuk 'U' 2013 telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 6 April 2013. Seramai 19 orang pelajar SEKUGA dan seorang guru pengiring telah menyertai karnival tersebut. Karnival tersebut mengumpulkan IPTA dan IPTS dari seluruh negara memberi maklumat mengenai kursus yang ditawarkan, peluang pekerjaan dan bantuan kewangan untuk pembiayaan pengajian pelajar.
Sebelum memasuki Dewan Jubli Perak






Pelajar SEKUGA mendengar penerangan yang diberi dengan khusyuk.

Berhenti di booth USM, Universiti APEX




Pelajar dengan bag kitar semula JOM MASUK 'U' sebelum berangkat pulang.

Untuk melihat lebih banyak gambar Karnival Jom Masuk 'U' 2013, sila ikuti link di bawah :

KESAN PENCEMARAN TERHADAP ALAM SEKITAR


 Perhatikan gambar - gambar di sebelah.

Renungkan-renungkanlah bersama. Alam sekitar adalah khazanah yang tidak ternilai.