KEM KOKURIKULUM PANGKOR

Pada 12 hingga 14 April yang lalu, seramai 35 pelajar SEKUGA iaitu 6 lelaki dan 29 perempuan telah menyertai KEM PENDIDIKAN LUAR anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Perak. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pasir Bogak, Pulau Pangkor turut disertai 3 buah sekolah lain. Para peserta telah mengikuti aktiviti seperti memasang khemah, 'jungle trekking' , 'wall climbing', 'water confident' serta berkayak.


Pelajar SEKUGA telah diiring oleh 8 orang guru dan majlis perasmian KEM PENDIDIKAN LUAR siri ke-7 telah dilakukan oleh pengetua SEKUGA. Pengetua Sekuga turut menyertai beberapa aktiviti bersama pelajar sebelum malam penutup.


Untuk mendapatkan lebih banyak gambar KEM KOKURIKULUM PANGKOR, sila klik pautan di bawah;

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151350133181437.1073741827.209871066436&type=3