Pengumuman Pertukaran Pengetua SMK Kubu Gajah

Adalah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Ahmad Husni (Pengetua Ke-4) SMK Kubu Gajah telah bertukar ke SMK Dato Hj, Hussein mulai 23 April 2013. Tempat beliau telah diganti oleh En. Mohd Noor Bin Che Ali, mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tengku Menteri,  Changkat Jering Taiping Perak.

Sempena pertukaran pengetua ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj Ahmad Husni di atas jasa dan perubahan yang telah dilakukan di sekolah ini. Ucapan Selamat Datang juga ditujukan kepada En. Mohd Nor Che Ali, Pengetua baru SMK Kubu Gajah.

Semoga SMK Kubu Gajah terus cemerlang di bawah pentadbiran baru.