Jasa mu dikenang dan Selamat Datang

Kelab Guru dan Staf 2013 ingin mengucapkan TERIMA KASIH, JASA MU DIKENANG kepada bekas guru SEKUGA, Pn. Khatijah Binti Abd Samad yang telah berpindah ke Lenggong Daerah Hulu Perak kerana mengikut suami. Semoga beliau gembira dengan suasana baru di sana.

SELAMAT DATANG juga kepada dua orang Guru Pelatih dari UPSI iaitu Cik Nazirah Binti Harun dan Nor Asyitah Binti Mohamad Nasrol. Mereka merupakan Opsyen Major Pendidikan Moral dan Minor Pendidikan Sivik. Adalah diharapkan keduanya dapat menimba pengalaman sepanjang berada di SEKUGA yang telah bermula pada 15 Julai 2013 hingga 8 November 2013.