Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
i. Undang-Undang Asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton
boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat
umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton
juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara
pertandingan.
Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas /
Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.
ii. Memulakan Permainan
a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu
tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.
b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau
memilih petak gelanggang.
c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.
iii. Sistem Pengiraan Mata
a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of
three games’).
b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan
diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang.
d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis
dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat
servis dan sebaliknya.
iv. Masa Rehat
a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama
60 saat akan diberikan.
b. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game
tamat.
v. Servis
a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan
memijak garisan gelanggang.
c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam
keadaan tetap.
d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat
servis.
e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.
vi. Servis Batal
a. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya
menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut
e. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat
servis.
vii. Servis Semula ( Let )
Diberikan sekiranya:-
a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak
c. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut
e. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan
f. Pengadil tidak dapat membuat keputusan.
viii. Larangan Untuk Pemain
a. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan
b. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar
kelajuan.
c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau
pemain menyentuh papan iklan.
d. Tidak berkelakuan kasar.
e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
ix. Berlaku Batal Sekiranya
a. Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian
b. Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan
c. Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat
tangan.
x. Perlawanan Perseorangan
a. Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata
genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
b. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak
lawan.
c. Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam
game berikutnya.
xi. Perlawanan Beregu
a. Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat
servis dari gelanggang servis kanan.
b. Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis
dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
c. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak
lawan.
d. Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis
boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang
pandangan pembuat servis dan penerima servis.
e. Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.

Cara Kiraan Permainan Ping Pong

Permainan ping pong dalam 1 set tamat dalam kiraan 11 untuk permainan single dan double. Bagi pemain single pemain yang serve bola perlu memasti bola melantun dimeja pemain serve dan meja pemain lawan.

Bagi pemain double pemain perlu memasti bola dari peta kanan masuk ke peta kanan lawan. Sekiranya pemain lawan memukul bola keluar maka pemain serve mendapat 1 point. 1-0. Seterusnya pemain serve dapat serve kali kedua. Point akan diberi kepada pemain yang tidak mematikan bola. Bila score 2-0 atau 1-1 maka serve akan bertukar tangan.

Seterusnya permainan tamat bila pemain mendapat 11 mata. Sekiranya pemain tie 10-10 maka permainan akan berakhir bila ada pemain mendapat 2-0 tambahan. Servis bertukar setiap mata.

Boleh juga permainan ping pong kiraannya tamat pada 21. Tapi pertukaran serve berlaku setelah 5 kali serve. Ini adalah kiraan cara lama.

Keputusan PMR 2013


Tahniah kepada pelajar lepasan PMR 2013 yang telah berjaya dengan CEMERLANG. Juga tahniah buat guru-guru dan ibubapa yang membantu meningkatkan keputusan yang cemerlang. Keseluruhan peratus matapelajaran meningkat.

Peratus Mata Pelajaran

Bahasa Melayu                93.9%
Bahasa Inggeris               64.6%
Sejarah                           93.9%
Geografi                          87.5%
Bahasa Tamil                   60.0%
Pendidikan Islam             95.3%
Matematik                       89.8%
Sains                               95.9%
Kemahiran Hidup - KT    93.8%
Kemahiran Hidup - ERT  93.5%

Peratus Lulus              : 55.1%
Gred Purata Sekolah  : 3.21
Bilangan Semua A      : 2(4.08%)

Pelajar Cemerlang PMR 2013

1. HAMISATUN ADILAH BT MOHAMED ABD AZIZ       8A
2. NASRAH BT SAHIMI                                              8A
3. NURIN NASUHA BT ABDUL MALEK                        7A  1B
4. SALSABILA BT AHMAD ZAHURI                             6A 2B


http://lp.moe.gov.my/semakan/

Semakan Keputusan PMR 2013 secara online.