Etika dan Peranan Pengawas Sekolah

ETIKA PENGAWAS

*Amanah, jujur dan ikhlas.

*Adil dan saksama.

*Berani dan tegas.

*Berhemah tinggi dan berdisiplin.

*Mendampingi semua pihak.

*Sentiasa di hadapan 'Pertama dalam semua'

*Arif dan mahir tentang peraturan.

*Sentiasa menjaga maruah.

*Cemerlang akademik dan kokurikulum.


PERANAN PENGAWAS

*Bertindak sebagai pemimpin.

*Bertindak sebagai pembimbing.

*Bertindak sebagai badan perunding.

*Bertindak sebagai motivator/pendorong.

*Bertindak sebagai perancang.


VISI PENGAWAS

Pengawas Perkasa,Sekolah Sejahtera


MISI PENGAWAS

Membina potensi diri dan menjana

keutuhan generasi terbilang

Falsafah Pengawas

*Berfikiran positif berhadapan dengan masalah.

*Berusaha menjadikan masalah sebagai satu

cabaran.

*Menangani cabaran secara rasional.


TUGAS PENGAWAS


1.      Mengawal disiplin diri dan pelajar.
2.      Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.

3.      Menjaga imej dan nama baik sekolah.

4.      Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.

5.      Memastikan keceriaan sekolah dan bilik gerakan pengawas dijaga dengan baik.

6.      Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.

7.      Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.

8.      Mencegah kes jenayah di sekolah.

9.      Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.

10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.

11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.

15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.

16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.

17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.

18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku , lagu Negeri dan lagu Sekolah.


20. Menjalankan tugas-tugas semasa arahan guru-guru dan pihak sekolah