Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

SMK Kubu Gajah Ranking Ke-15 Terbaik SPM 2013 di LMS

Khamis, 20 Mac 2013 merupakan hari bersejarah bagi SMK Kubu Gajah dalam pencapaian SPM. Menunjukkan peningkatan ketara terutama Bahasa Melayu dan Sejarah. Pelajar terbaik ialah Aminurashid dan  Fariha










PROGRAM SEKOLAH SELAMAT


  •  DEFINISI 
  • Persekitaran sekolah yang selamat yang membolehkan warga sekolah berasa selamat  tanpa adanya gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luaran.
  • Persekitaran ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan sekaligus mengelakkan warga sekolah daripada berhadapan dengan insiden atau kemalangan yang tidak diingini.

  • RASIONAL
  • Keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
  • Warga sekolah terdedah dengan isu-isu Keselamatan fizikal,Sosial,Emosi dan Teknikal.
  • Kurang kerjasama daripada keluarga dan Masyarakat dari segi keselamatan.
  • Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terhad tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

  • ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH SELAMAT
  • Latihan kebakaran
  • Keselamatan di Makmal Sains
  • Kawalan emosi pelajar di luar dan di dalam sekolah
  • Keselamatan penggunaan peralatan padang dan permainan
  • Keselamatan di bilik guru
  • Keselamatan pelajar di bilik tandas
  • Keselamatan pelajar di bilik kantin
  • Keselamatan kaum di sekolah

  • MATLAMAT
  • Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan  permuafakatan dan sokongan warga sekolah, keluarga dan komuniti setempat.

  • OBJEKTIF
  • Meningkatkan kefahaman tentang Tatacara dalam menghadapi sebarang isu Keselamatan ,Kecemasan,Kemalangan dan Malapetaka.
  • Meningkatkan kefahaman dan Penghayatan dan pelaksanaan aktivit-aktiviti sekolah.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang Sihat,Selamat dan Menyeronokkan.
  • Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
  • Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbangkan secara positif kepada sekolah.


     SMK KUBU GAJAH
     34130 SELAMA,PERAK.

Majlis Pelancaran Program Nilam Tahun 2014

Program : Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah, SMK Kubu Gajah
Tarikh : 7 April 2014
Masa : 11.00 pag
Tempat : Dewan Terbuka
Perasmian : En. Mohamad Noor Bin Che Ali (Pengetua)

Tentatif Program

11.00 pagi : Pelajar mengambil Tempat
11.15 pagi : Guru-guru Mengambil Tempat
11.20 : Ucapan Pengacara
            Bacaan Doa
            Nyanyian Negaraku          
            Persembahan Pelajar          
            Taklimat Guru Perpustakaan dan Media
            Perasmian Program NILAM
            Kuiz Spontan
            Nyanyian Lagu NILAM
            Bersurai

Laporan Aktiviti Minggu MBMMBI

Pada 05 Mac 2014 Bidang Bahasa SMK Kubu Gajah telah mengadakan aktiviti MINGGU MBMMBI". Aktiviti telah dijayakan pada waktu kokurikulum  pada jam 2 hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara Mendendang Syair, Mendeklamasi Sajak, Kuiz Peribahasa, Mengarang Esei BM, Teka Silang Kata dan Spell It Right. Setiap peserta yang berjaya merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat hadiah mengikut ketegori masign-masing.

Dendangan Syair telah diadakan di Pusat Sumber sekolah (PSS) yang melibatkan 9 orang peserta sahaja yang berminat mewakili kelas masing-masing. Aktiviti ini dikendalikan oleh Ustazah Najmiah dan Puan Umi Kalsom.

Bagi ketegori mendeklamasikan sajak seramai 14 orang peserta yang menyertainya. Ia diadakan di bilik Bahasa. Guru yang bertanggungjawab ke atas aktiviti ini ialah Puan Maznah. Aktivtivi ini juga dibantu oleh Nazatul Marliana dari kelas 5VT secara sukarela.

Pertandingan kuiz peribahasa telah di adakan di Bilik Akses. Dua orang guru yang terlibat dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti Kuiz Peribahasa ini.Guru tersebut adalah Pn.Sahara dan En.Mohd Azlan. 22 orang pelajar yang menyertainya.

Spell It Right adalah salah satu pertandingan Berbahasa Inggeris yang dijalankan di Bilik Bahasa Inggeris, seramai 11 orang menyertainya.Ia dipertanggungjawabkan kepada Puan Zulaikha dan dibantu oleh Naima dan Rabiatul.Mereka membantu Puan zulaikha bagi melaksanakan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Selain itu,aktiviti mengarang Esei BM disertai oleh pelajar-pelajar yang dipilih oleh guru kelas  mengikut tingkatan. Seramai 41 orang peserta yang terpilih untuk mewakili kelas masing-masing.Bagi tingkatan 1,2 dan 3 perlu membuat Esei bertajuk "Faedah Mempunyai Ramai Kawan". Panjangnya tidak melebihi 150 patah perkataan.Tingkatan 4 dan 5 pula membuat Esei bertajuk "Faedah Membaca". Panjangnya tidak melebihi 250 patah perkataan.Pertandingan ini di adakan di Kantin Sekolah dan dijalankan oleh En.Nor Umara.

Aktiviti ini mendapat paling banyak sambutan oleh murid-murid.Guru yang mengendalikannya ialah,Pn.Suraiyanti,Pn.Sofiah,En.Zahuri,En.Lokman Hakim dan Ust.Zakaria. Seramai 117 orang peserta.Ia dijalankan di Dewan Terbuka. Persaingan agak sengit jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain.

Keseluruhannya, MINGGU MBMMBI telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencapai objektif  yang telah digariskan.
_________________________________________________________________________________

Yang Melapor,                                                                                                                  05 Mac 2014
mawar.sekuga@gmail.com
( Noor Mawarni Bt.Tamby Chik ) 2A1
soleha.sekuga@gmail.com
( Siti Solehah Bt.Abd Zaman ) 2A1

WARTAWAN MUDA SMK KUBU GAJAH,
SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN.

Aktiviti Minggu MBMMBI

Tarikh : 5 Mac 2014
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Mengikut Aktiviti yang ditetapkan
Aktiviti :

Mendendangkan Syair
Mendeklamasi Sajak
Bercerita
Kuiz Peribahasa
Spell it Right
Mengarang Esei BM
Teka Silang Kata



MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2014

Pada jam  7.30 pagi , hari Isnin (3/3/2014), majlis di atas dijalankan bagi mengesahkan   pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber menjadi pemimpin muda SEKUGA tahun 2014. Seramai 20 orang pengawas sekolah dan 18 orang pengawas Pusat Sumber terlibat.  Program diatas dapat dijalankan dengan lancar.
Terimakasih kepada semua guru dan pengawas yang terlibat.