Laporan Aktiviti Minggu MBMMBI

Pada 05 Mac 2014 Bidang Bahasa SMK Kubu Gajah telah mengadakan aktiviti MINGGU MBMMBI". Aktiviti telah dijayakan pada waktu kokurikulum  pada jam 2 hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara Mendendang Syair, Mendeklamasi Sajak, Kuiz Peribahasa, Mengarang Esei BM, Teka Silang Kata dan Spell It Right. Setiap peserta yang berjaya merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat hadiah mengikut ketegori masign-masing.

Dendangan Syair telah diadakan di Pusat Sumber sekolah (PSS) yang melibatkan 9 orang peserta sahaja yang berminat mewakili kelas masing-masing. Aktiviti ini dikendalikan oleh Ustazah Najmiah dan Puan Umi Kalsom.

Bagi ketegori mendeklamasikan sajak seramai 14 orang peserta yang menyertainya. Ia diadakan di bilik Bahasa. Guru yang bertanggungjawab ke atas aktiviti ini ialah Puan Maznah. Aktivtivi ini juga dibantu oleh Nazatul Marliana dari kelas 5VT secara sukarela.

Pertandingan kuiz peribahasa telah di adakan di Bilik Akses. Dua orang guru yang terlibat dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti Kuiz Peribahasa ini.Guru tersebut adalah Pn.Sahara dan En.Mohd Azlan. 22 orang pelajar yang menyertainya.

Spell It Right adalah salah satu pertandingan Berbahasa Inggeris yang dijalankan di Bilik Bahasa Inggeris, seramai 11 orang menyertainya.Ia dipertanggungjawabkan kepada Puan Zulaikha dan dibantu oleh Naima dan Rabiatul.Mereka membantu Puan zulaikha bagi melaksanakan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Selain itu,aktiviti mengarang Esei BM disertai oleh pelajar-pelajar yang dipilih oleh guru kelas  mengikut tingkatan. Seramai 41 orang peserta yang terpilih untuk mewakili kelas masing-masing.Bagi tingkatan 1,2 dan 3 perlu membuat Esei bertajuk "Faedah Mempunyai Ramai Kawan". Panjangnya tidak melebihi 150 patah perkataan.Tingkatan 4 dan 5 pula membuat Esei bertajuk "Faedah Membaca". Panjangnya tidak melebihi 250 patah perkataan.Pertandingan ini di adakan di Kantin Sekolah dan dijalankan oleh En.Nor Umara.

Aktiviti ini mendapat paling banyak sambutan oleh murid-murid.Guru yang mengendalikannya ialah,Pn.Suraiyanti,Pn.Sofiah,En.Zahuri,En.Lokman Hakim dan Ust.Zakaria. Seramai 117 orang peserta.Ia dijalankan di Dewan Terbuka. Persaingan agak sengit jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain.

Keseluruhannya, MINGGU MBMMBI telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencapai objektif  yang telah digariskan.
_________________________________________________________________________________

Yang Melapor,                                                                                                                  05 Mac 2014
mawar.sekuga@gmail.com
( Noor Mawarni Bt.Tamby Chik ) 2A1
soleha.sekuga@gmail.com
( Siti Solehah Bt.Abd Zaman ) 2A1

WARTAWAN MUDA SMK KUBU GAJAH,
SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN.