PROGRAM SEKOLAH SELAMAT


  •  DEFINISI 
  • Persekitaran sekolah yang selamat yang membolehkan warga sekolah berasa selamat  tanpa adanya gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luaran.
  • Persekitaran ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan sekaligus mengelakkan warga sekolah daripada berhadapan dengan insiden atau kemalangan yang tidak diingini.

  • RASIONAL
  • Keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
  • Warga sekolah terdedah dengan isu-isu Keselamatan fizikal,Sosial,Emosi dan Teknikal.
  • Kurang kerjasama daripada keluarga dan Masyarakat dari segi keselamatan.
  • Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terhad tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

  • ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH SELAMAT
  • Latihan kebakaran
  • Keselamatan di Makmal Sains
  • Kawalan emosi pelajar di luar dan di dalam sekolah
  • Keselamatan penggunaan peralatan padang dan permainan
  • Keselamatan di bilik guru
  • Keselamatan pelajar di bilik tandas
  • Keselamatan pelajar di bilik kantin
  • Keselamatan kaum di sekolah

  • MATLAMAT
  • Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan  permuafakatan dan sokongan warga sekolah, keluarga dan komuniti setempat.

  • OBJEKTIF
  • Meningkatkan kefahaman tentang Tatacara dalam menghadapi sebarang isu Keselamatan ,Kecemasan,Kemalangan dan Malapetaka.
  • Meningkatkan kefahaman dan Penghayatan dan pelaksanaan aktivit-aktiviti sekolah.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang Sihat,Selamat dan Menyeronokkan.
  • Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
  • Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbangkan secara positif kepada sekolah.


     SMK KUBU GAJAH
     34130 SELAMA,PERAK.