Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

Sejarah Selama

Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim Bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum itu Abdul Karim bekerja sebagai Budak Pejabat dibawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikan pangkat menjadi Kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di bahagian Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di Daerah Selama sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10km dari pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali sebagai Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (belakang Pejabat Majlis Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan mengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf.

Setelah hasil bijih merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada Tahun 1888. Dibawah Inggeris Selama dibangunkan dan dimajukan seterusnya. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran masjid lama Selama.

Ceramah dan Pameran Keselamatan Jalan Raya

            Isnin 14 APRIL 2014 tepat jam 08.00 pagi SMK KUBU GAJAH telah mengadakan "Ceramah dan Pameran  Keselamatan Jalan Raya" . Ceramah telah disampaikan oleh beberapa orang wakil pegawai Trafik daripada Balai Polis Selama.

Pameran keselamatan jalan raya juga turut diadakan terutama pameran kesan-kesan mengabaikan keselamatan jalan raya dan beberapa kemalangan maut.





















Taklimat PBS Format Baru

Tarikh : 9 April 2014
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Sasaran : Guru Subjek Tingkatan 1, 2 dan 3

Taklimat telah disampaikan oleh En. Ahmad Azhar Bin Abdullah selaku Penolong Kanan Pentadbiran.

Bahan taklimat boleh di DOWNLOAD di sini.





KEPUTUSAN PERTANDINGAN MINGGU BAHASA 2014

1. Pertandingan Mengarang Esei BM dimenangi oleh Nur Amalia dari kelas (4VT) yang mendapat tempat petama dalam mengarang Esei ini.Nur Izzati Athirah dari kelas (5VT) telah menang dalam petandingan Esei dan telah mendapat tempat kedua.Nor Anini dari kelas (4MPV) pula mendapat tempat ketiga.

2. Pertandingan Peta Minda KOMSAS yang mendapat tempat pertama ialah Nor Wahidah dan ditolong oleh Alya dari kelas (3A1).tempat kedua pula ialah Nur Najman Ramadhani dan ditolong oleh Mohd Idham dari kelas (1A1).tempat ketiga pula dimenangi oleh Linda Maisarah dibantu oleh Siti Nur Atiqah.

3. Pertandingan Kuiz Peribahasa

Latihan Kebakaran 1 2014

Rabu 2 April telah diadakan latihan kebakaran pertama bagi tahun 2014. Latihan ini dimulai dengan bunyian loceng sekolah secara beterusan. Latihan ini menunjukkan kegagalan kerana tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan.

1. Masa yang diambil melebihi 3 minit.
2. Kesesakan pada tangga berdekatan Kelas 5VT.
3. Bergerak secara berkumpulan tidak diikuti.
4. Ada kelas yang tidak menutup pintu kelas.
5. Masih ada yang berlari secara berbahaya dan boleh mengakibatkan rempuhan.

Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ali selaku JK Latihan Kebakaran.













Semakan Keputusan Peperiksaan Ujian 1

Semakan boleh dibuat mulai 1 April 2014 untuk SMK Kubu Gajah. Harap Maklum.