Latihan Kebakaran 1 2014

Rabu 2 April telah diadakan latihan kebakaran pertama bagi tahun 2014. Latihan ini dimulai dengan bunyian loceng sekolah secara beterusan. Latihan ini menunjukkan kegagalan kerana tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan.

1. Masa yang diambil melebihi 3 minit.
2. Kesesakan pada tangga berdekatan Kelas 5VT.
3. Bergerak secara berkumpulan tidak diikuti.
4. Ada kelas yang tidak menutup pintu kelas.
5. Masih ada yang berlari secara berbahaya dan boleh mengakibatkan rempuhan.

Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ali selaku JK Latihan Kebakaran.