Selamat Datang

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) Setia Kuat dan Gagah. SEKUGA Excellent.

Aspirasi Murid

Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran DwiBahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional

Hari Guru 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Bacaan Senyap Awal Pagi

Budaya membaca budaya cemerlang.

Senamrobik.

Cergas sepanjang masa.

Sesi Persekolahan 2016

Tarikh : 04 Januari 2016
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi

Selamat datang kepada semua murid bagi sesi 2016 dan selamat bertugas kepada semua guru bagi sesi 2016. Semoga SEKUGA EXELLENT bagi tahun 2016 dalam pelbagai bidang.


Mesyuarat Guru dan Kurikulum 1/4 2016

Tarikh : 30 Disember 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Sasaran  : Semua Guru



Pertukaran Pengetua SMK Kubu Gajah

Adalah dimaklumkan Tuan Pengetua SMK Kubu Gajah Tn. Hj Ahmad Fairus Md Tahir telah bertukar ke sekolah baru SMK Kamunting Bakti mulai 1 Disember 2015. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan sepanjang menjadi pengetua di SMK Kubu Gajah.

Jadual SPM 2015

Boleh rujuk di pautan di bawah ini.

Temuduga Bakal Pengawas bagi Tahun 2016

Tarikh : 6 Novermber2015
Masa : 9.00pagi - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Dokumentasi SEKUGA

Penganjur : Lembaga Pengawas ekolah

Jamuan Akhir Tahun 2015 Kelab Guru dan Staf

Tarikh : 31 Oktober 2015
Tempat : Hotel Warisan Taiping
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang

Warna Tema : Ungu









Taklimat PAJSK Online






Tarikh : 28 Oktober 2015
Masa : 2.00 - 3.00 pm
Tempat : Bilik Gerakan
Fasilitator : En. Redzuan

Doa Menghadapi Peperiksaan

ELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN MENDENGAR 
PENILAIAN TINGKATAN 3 (PT3)
BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
BUAT PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 SMK KUBU GAJAH
MOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK KALIAN SEMUA.


DOA-DOA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN :





SOP Peperiksaan Dalaman

Prosuder Peperiksaan (Guru)

PENGURUSAN KERTAS SOALAN &
TEMPAT PEPERIKSAAN

  1. Penggubal Soalan
1.1    Ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia.
  1. Penyediaan Kertas Soalan
2.1    Kertas soalan perlu bertaip [ Times New Roman,  Font 11 , 1.5 spacing ]
2.2    Guru – guru diharapkan dapat memaksimumkan penggunaan ruang pada kertas soalan.
2.3    Soalan perlulah mengikut format peperiksaan sebenar.
2.4    Format muka depan bagi kertas soalan dapatkan dari unit peperiksaan.
2.5    Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur – unsur menghasut, menghina , berbau politik atau yang boleh dipertikaikan.
2.6    Kertas soalan hendaklah disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan / guru kanan untuk disahkan.
2.7    Kertas soalan hendaklah dihantar untuk direso sekurang – kurangnya dua minggu sebelum tarikh peperiksaan tersebut.
2.8    Kertas soalan hendaklah disusun mengikut kelas dan disertakan dengan borang pengesanan perjalanan peperiksaan.
2.9    Kertas soalan yang telah lengkap disusun hendaklah diserahkan ke unit peperiksaan.
  1. Kertas Jawapan Pelajar
3.1    Kertas OMR, test pad dan kertas graf boleh diperolehi daripada setiausaha peperiksaan dalaman.
3.2    Test pad dan kertas graf hanya dibekalkan untuk pelajar bagi peperiksaanpertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan percubaan sahaja.
3.3    Kertas OMR hanya digunakan sekiranya soalan tersebut melebihi 30, sekiranya kurang dari itu diharapkan guru dapat menyediakan ruangan jawapan pada kertas soalan.
3.4    Pastikan bilangan kertas jawapan yang diedarkan mencukupi dan tidak berlaku pembaziran.
3.5    Kertas jawapan yang lebih hendaklah dipungut selepas setiap kali habis peperiksaan pada hari tersebut.


  1. Semasa Peperiksaan Dijalankan.
4.1    Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.2    Guru perlu memastikan dan mengarahkan pelajar untuk meletakkan beg dan peralatan yang tidak diperlukan di luar atau di belakang kelas.
4.3    Sekiranya peperiksaan berlangsung pada waktu rehat, guru sebelum waktu rehat hendaklah keluar 10 minit lewat dan guru selepas rehat masuk mengawas 10 minit awal.
4.4    Pastikan tidak berlaku sebarang  penyelewengan semasa peperiksaan berlangsung.
4.5    Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku.
4.6    Jangan lepaskan pelajar  sebelum waktu tamat persekolahan [ 1.50 petang untuk hari Isnin  hingga Khamis dan 11.50 pagi untuk hari Jumaat]
4.7    Kertas jawapan pelajar hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan dan sekiranya guru tersebut tiada, bolehlah diserahkan kepada setiausaha peperiksaan dalaman.
4.8    Lengkapkan  borang pengesanan perjalanan peperiksaan. Sila catatkan pelajar yang tidak hadir, meniru atau lain – lain yang berkaitan bagi memudahkan guru yang menanda.

  1. Selepas Peperiksaan
5.1    Guru – guru adalah WAJIB menanda / menyemak semua kertas jawapan pelajar.
5.2    Bagi guru – guru yang cuti bersalin , berkursus ataupun yang akan berpindah adalah masih bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan merekod markah pelajar.
5.3    Markah pelajar hendaklah dimasukkan oleh guru mata pelajaran mengikut kelas yang diajar ke dalam komputer di bilik guru.
5.4    Buku penyata / slip peperiksaan hendaklah dihantar ke pejabat dua minggu selepas peperiksaan.

  1. Penyediaan Tempat Peperiksaan
6.1    Peperiksaan Dalaman
·         Penyusunan bilik – bilik peperiksaan hendaklah dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
·         Pastikan susunan meja mengikut jarak + 1.5 m dari pusat ke pusat meja dan tidak rapat dengan dinding.
·         Kedudukan pelajar hendaklah mengikut senarai nama sebagaimana dalan jadual kedatangan.
·         Pastikan kelas peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar.

6.2    Peperiksaan Percubaan dan Awam
·         Guru – guru yang mengajar kelas – kelas peperiksaan diminta memberikan kerjasama dalam proses penyediaan tempat peperiksan dan kawalan pelajar.
  1. Am
1.1    Pelajar yang terlibat dengan aktiviti sekolah semasa peperiksaan/ ujian dijalankan ataupun yang tidak hadir pada hari peperiksaan
·         Guru tingkatan ataupun guru yang bertanggungjawab perlulah memaklumkan kepada setiausaha peperiksaan agar soalan dapat dikuarantinkan dan satu masa akan ditetapkan bagi mereka mengambil peperiksaan tersebut.
1.2    Bagi pelajar yang melakukan penyelewengan semasa peperiksaan (meniru atau ada tanda – tanda untuk meniru )
·         Guru pengawas hendaklah memaklumkan nama pelajar berkenaan ( pelajar yang meniru atau yang membenarkan kertasnya ditiru ) kepada guru mata pelajaran.
·         Tindakan (mengikut kes) akan diambil termasuklah membatalkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut ataupun memberikan markah kosong (sifar)


PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS
SEMASA PEPERIKSAAN PMR, SPM, STPM DAN MUET DIJALANKAN

  1. Guru dikehendaki hadir setengah jam lebih awal dan balik setengah jam lebih lewat.
  2. Guru hendaklah berada di pejabat semasa peperiksaan berjalan.
  3. Mengarahkan pelajar beratur di dataran kejat untuk urusan doa, teguran dan pesanan
  4. Menguruskan calon sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
  5. Mengeluarkan surat pengesahan calon bagi yang tertinggal slip peperiksaan atau kad pengenalan.
  6. Menguruskan  calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan.
  7. Mencatatkan laporan perjalanan peperiksaan didalam buku laporan yang disediakan.
  8. Menentukan kemudahan-kemudahan dan bekalan-bekalan asas terdapat di dalam peti kecemasan.
  9. Mengawal disiplin calon-calon sewaktu di luar dewan peperiksaan.
  10. Menyediakan  dan membekalkan kepada ketua pengawas keperluan asas. Bahan-bahan peperiksaan seperti gam, pensil, pen sekiranya perlu.
  11. Menghubungi dan memberitahu pengetua sekiranya berlaku kes-kes yang perlu pemerhatian segera.
  12. Sekiranya terdapat calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan, guru bertugas diminta menghubungi calondengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar atau mengambil tindakan yang sewajarnya.
  13. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Gerakan Payung bagi mengatur tempat tinggal dan makanan untuk calon yang tidak dapat pulang kerana banjir atau perintah berkurung.
  14. Menguruskan makan/minuman calon-calon yang di dalam kuarantin.
  15. Menentukan pengemas bilik telah menjalankan tugas-tugas berikut apabila tamat peperiksaan pada tiap-tiap hari:
(a)    Dikemaskan susunan kerusi meja
(b)    Bilik-bilik darjah dibersihkan
(c)    Bakul sampah di bilik-bilik peperiksaan dikosongkan
(d)   Menyimpan jam-jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau di pejabat sekolah
(e)    Tingkap dan pintu dewan peperiksaan ditutup.
(f)     Menyediakan alat siaraya atau megaphone di dewan peperiksaan dan menyimpan semula di pejabat setelah sesuatu peperiksaan tamat.
  1. Menghubungai Pengetua / Penolong Kanan jika terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.
  2. Lain-lain tugas yang diminta oleh ketua pengawas.

Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin & Tahlil 2015

Tarikh : 3 Julai 2015
Masa : 6:30 ptg
Tempat : Surau SMK Kubu Gajah
Sasaran : Murid Ting 5 dan Ting 3, Ibu bapa dan Penjaga, PIBG.










Sesi Bergambar Bersama Pengetua dan Murid Cemerlang PPT 2015

Tarikh : 6 Julai 2015
Masa : 8.00 pagiTempat : Dataran Waja SMK Kubu Gajah
Sasaran : Murid Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015




Dialog Prestasi Ting 2

Tarikh : 30 Jun 2015
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Waja
Sasaran :
Murid Ting 2 yang memperolehi keputusan G untuk semua mata pelajaran.



Mesyuarat Post Mortem PPT Bagi Tingkatan 5.

Tarikh       :  24 Jun 2015 (RABU)
Masa         :  1.50 petang
Tempat      : Bilik Gerakan.

Kehadiran :
1. Semua PK
2. Semua GK
3. Semua guru mata pelajaran peperiksaan Tingkatan 5
4. Pn.Suzaiza bt. Othman


Tahniah : Pertukaran Ust Mohd Radzi Bin Abd Latif

Pertukaran Jawatan PK Koko SMK Kubu Gajah ke Jawatan PK Hem SABK Maktab Mahmud, Bukit Aping, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah.

Pertukaran bermula 25 Mei 2015. Jasa dan khidmat yang diberikan SEKUGA  mengucapkan terima kasih.


Tahniah : Bola Baling Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada Norazimah Bt. Mohd Rizal dari kelas 4VT yang telah mewakili sekolah dan negeri Perak dalam kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan di Sarawak.

Perak telah mendapat Tempat Ketiga pada kejohanan itu.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Ting 1, 2 dan 3

Tarikh : 18 - 22 Mei 2015

Ting 4 dan 5

Tarikh : 18 - 27 Mei 2015

Klik Jadual DI SINI - Menengah Atas
Klik Jadual DI SINI - Menengah Rendah

Selamat menduduki peperiksaan.

Jadual Ujian 1 SMK Kubu Gajah 2014

Jadual Ujian 1 2014 akan bermula pada 9 Mac 2015 hingga 12 Mac 2015. 
Tarikh hantar soalan : 6 Mac 2015
Tarikh Key-In Markah SAPS Online : 27 Mac 2015 

Muat turun Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru dan Pemimpin Sekolah 2014

Buku ini boleh di muat turun melalui pautan di bawah.

Panduan : 
1. Klik pautan gambar.
2. Sila login menggunakan nombor kad pengenalan guru.
3. Tandakan syarat yang dinyatakan.
4. Sila muat turun buku berkenaan.

Program Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2015

Tarikh : 9 Januari 2015
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kubu Gajah
Sasaran : Waris/Ibubapa Pelajar Ting 1 - Ting 5

Harap Maklum



Laporan Bergambar


Pengurusan SMM

Pengurusan SMM/APDM/SPS
1. Panduan SMM
2. Aplikasi SMM Versi 4
(Install aplikasi SMM Versi 4 pada komputer anda)
3. Video Ekxport Data SMM
(Emailkan c:\HEM\DATAHEM.zip kepada Guru Data untuk digabungkan.)



Senarai Guru Kelas Sesi 2015


KELAS 5VT - EN AHMAD ZAHURI BIN DAHALAN
KELAS 5MP - PN ZURINA BT ABU BAKAR
KELAS 4VT - CIK SYAHIDATULL AKMA BT ROSLI
KELAS 4MP - PN UMI KALSOM BT RAMLI
KELAS 3A1 - EN JAMALUDIN BIN SIRAT
KELAS 3A2 - PN HJH SOFIA BT MAHMUD
KELAS 2A1 - PN NORSYAZWANI BT MUSTAFA
KELAS 2A2 - TN HJ MOHD ALI BIN AHMAD
KELAS 1A1 - CIK TAY LEE YEN
KELAS 1A2 - PN SURAIYANTI BT ABD JALIL

Sesi Persekolahan 2015

Terkini Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015
Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin)
Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015 Seluruh Negeri
  • Kumpulan A (Negeri Cuti am hari Jumaat dan Sabtu)Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada tarikh 11 Januari 2015.
  • Kumpulan B ( Negeri cuti am hari Sabtu dan Ahad)Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan memulakan persekolahan pada 12 Januari 2015.