CERAMAH DAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Tarikh   : 9 Mac 2016
Masa     : 7.30 pagi

Satu aktiviti borak santai telah diadakan sempena kejadian gerhana matahari yang disampaikan oleh Cik Syahidatull Akma. Selepas itu pelajar dibenarkan keluar dewan untuk sama-sama melihat kejadian gerhana matahari. seterusnya pelajar diminta untuk berkumpul di surau dan mengadakan solat sunat yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Ali. Setelah selesai solat sunat satu khutbah telah diadakan, Fenomena yang jarang berlaku ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT. Ia juga memberi peringatan kepada manusia tentang nikmat dan azab yang dijanjikan oleh Allah.