PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2015

PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2015

Tarikh  : 3 Mac 2016
Masa    : 11.30 pagi

Pada 3 Mac 2016 (Khamis), Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diadakan di Bilik gerakan SMK Kubu Gajah. Pelajar-pelajar yang menduduki peperikasaan SPM pada tahun lepas telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan masing-masing. Penyerahan keputusan dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan kata alu-aluan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Masri Bin Abdul Rasid,  Pengetua SMK Kubu Gajah. Pengetua telah mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan mengharumkan nama baik sekolah. Seterusnya, sesi foto untuk pelajar cemerlang dengan guru-guru telah diadakan selepas penyampaian slip keputusan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang. Akhirnya, tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang. Semoga kejayaan ini  akan menjadi sumber inspirasi kepada calon SPM 2016 supaya  berusaha keras untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan gemilang.