Sambutan Muhibah Aidil Fitri Sekuga 2016: Sebuah Penyatuan

Tarikh : 29 Julai 2016
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Perkarangan Dewan Terbuka SEKUGA




Hari ini sejarah telah tercipta apabila gabungan mantap unit bimbingan dan kaunseling dan KGKT telah menterjemahkan satu majlis yang dilihat bersantai tetapi penuh bermakna. Hal ini dimantapkan lagi dengan keterbukaan pentadbiran yang membuka ruang dan peluang yang seluasnya untuk program ini dilaksanakan.

Sekali lagi dapat kita lihat kesungguhan dan kekreatifan puan presiden dan puan kaunselor yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada guru, staf dan pelajar itu sendiri dalam memastikan kelancaran program ini.

Booth- booth yang disediakan turut menggamit kesungguhan para pelajar memeriahkan lagi sambutan perayaan ini. Ada antara mereka mereka yang sanggup ke luar kawasan semata-mata untuk mencari bahan-bahan untuk hiasan booth mereka.

Lihatlah kegembiraan mereka dalam kemeriahan suasana yang sememangnya dikawal dan pada hari ini juga kita dapat melihat pelbagai karektor pelajar kita yang sangat ceria. Inilah kemuncak kejayaan program mentor mentee yang dilihat mengakrabkan hubungan guru dan pelajar.

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang berusaha keras menjayakan program ini.