Pengenalan

SMK Kubu Gajah merupakan salah sebuah sekolah menengah di daerah Larut Matang dan Selama(LMS). Merupakan sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar yang paling sedikit di daerah LMS iaitu sekitar 272 orang pada tahun 2014.

Dibuka pada tahun 2002 yang ditakbir urus oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Ahmad Azhar Bin Abdullah. Mendapat pengetua pertama Pn. Hjh Roh Hani Bt. Abdul Latif pada tahun berikutnya. Pn. Hjh Roh Hani telah memperkenalkan sekolah tanpa tong sampah dengan menitik beratkan kebersihan sekitar kawasan sekolah disamping kecemerlangan dalam akademik.

SMK Kubu Gajah telah mendapat gelaran SEKUGA oleh pengetua kedua Tn. Hj Badri Bin Nordin. SEKUGA membawa maksud "SETIA, KUAT dan GAGAH" selaras dengan visi dan misi yang ingin dicapai oleh SMK Kubu Gajah. Dibawah kepimpinan Tn. Hj Badri Bin Nordin SEKUGA telah menempa nama dalam bidang akademik terutama dalam peperiksaan awam PMR dan SPM. Kecemerlangan Kokurikulum juga telah ditonjolkan menerusi pengasahan bakat dalam permainan bola baling dan takraw di peringkat zon, daerah dan negeri.

Kecemerlangan SEKUGA telah disambung di  bawah kepimpinan pengetua ketiga En. Mohamad Sharif Bin Sharmin. Permainan Petanq telah menjadi sukan yang diminati oleh guru-guru dan pelajar SEKUGA. Permainan Petanq telah berkembang dengan baik di SEKUGA dengan munculnya jaguh Petanq dikalangan guru-guru sehingga keperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Diperingkat antarabangsa guru-guru SEKUGA telah menyertai kejohanan Petanq yang di adakan di Thailand pada sesi lawatan di sana.